|
from left : Faiz,aku,zt,hakim (yg pakai cap), marwan & helmi |
Time ni ktorg baru je sampai kat bandar KK abg masdi amik kat kk airport. Best part is ktorg naik MAS tiket time tu aku ngn dorg2 ni sume bli dlm RM99 sehala.Kalu tak silap aku ktorg sampai kat kk dlm pukul 10.40am settlekan check in kat Borneo Backpackers
|
Aku kat katil zt, hakim tgh bz berborak |
Ni la keadaan atau gambaran dorm di borneo backpackers. Katil double deck, zeti berkongsi katil ngn hakim, aku tdo sorg2, ayie ngn marwan, helmi dan faiz.Kami ber6 berkongsi bilik ngn sorg canadian girl yg check rasanya 2 hari before ktorg kot. Teramat2 la terujanya kecoh dan bising ktorg hehe
|
from left : aku,zeti,helmi,marwan & hakim (pakai cap) |
Lepas settle check in kat borneo backpackers ktorg kuar jenjalan sambil tunggu flight ayie plak hehe ni ktorg lunch kat MCD tak de la beza pun rasanya sama je cuma mkn kat negeri lain je hehe
|
philipine market yg menjual pelbagai seafood yg kering |
Lepas ktorg mkn, ayie sampai dia suh abg masdi bw ktorg jenjln di sekitar kk town. Ktorg g UMS (Universiti M'sia sabah), pegi menara peninjau, shopping mall tp aku tak igt pe nama mall dia, blk solat zohor kemudian rest tp terlajak tdo haha maghrib bgn lepas tu ktorg keluar lg. Berjalan je la hehe
|
ni la seafood yg ktorg mkn ms dinner kat philipine market.
Mlm tu lepas maghrib ktorg kuar, ayie bw mkn ke philipine market. Seafood kat sini beso2 korg tau mmg puas gila la mkn lepas tu ktorg ber7 pilih ikan 2 ekor,sotong,udang lepas tu ada umbai laut? rasanya masin2 tp agk sedap la kaler ijau huhu sambal cicah kat sini mmg best gila pedassss.. mmg berbaloi2 la byr rm100++ lepas mkn ktorg jenjln kat tepi laut amik angin mlm lepas tu blk ke Borneo backpackers kena tdo awal sbb pagi2 sok kami dh kena gerak g kinabalu park huhu |
|
ni la dorm kat kinabalu park
Lepas register kat front desk, ktorg terus masuk ke dorm yg tlh pun di book tuk ktorg. Dlm bilik tu ada lbh kurang 4 katil double deck. Aku tdo sorg2 cam biasa,zt share ngn marwan,faiz ngn hakim dan helmi pun sorg2 gk :D masa ni ktorg mmg bising sgt sampai kena tegur ngn sorg mat saleh tu haha dtg2 marah dgn berkemban wowwww time dia dtg tu aku tak de sbb g toilet ngn zt. Kena marah lg haha sbb time kat borneo pun ktorg kena marah gk sbb bising hihihi kecoh kan bdk2 SAT ni... tp aku ske kenangan tu sume... |
|
menu dinner @ kinabalu park
ha ni la antara menu2 yg ktorg bedal pd dinner kat kinabalu park. Mmg terbaik la plak menu dia kan? ktorg check in lmbt,pegi chop bilik dulu semua lepas tu br ktorg dtg kat balsam cafe ni mkn. Sedap wooo menu aku ha opkos la sepakgeti cheese haha ngn coffee sbb kat sini cuaca leh tahan sejuk tapi aku pelik.. aa nk tau knp pelik tgk gmb kat bwh ni :D
|
|
from left : faiz,hakim,zeti,aku (helmi tukang amik gmb)
ahahah ni pintu masuk balsam cafe, signage dia kat atas so tak leh nmpk dari sini hehe aa tadi aku ckp pelik kan? cuba korg peratikan gmb ni pe yg pelik nya? tak dpt? haha kalu korg perasan sume org bertutup litup habis tp aku sorg je yg menten pakai bj lengan pendek,ikat sweater kat pinggang. Tak tau knp tp aku tak sejuk pun rasa cam biasa je hehe |
|
Pintu masuk mesilau gate
ha ni la pintu masuk mesilau for those yg nk start trek dari mesilau. Actually nk naik kinabalu ni de 2 pintu masuk, 1 di namakan timpohon gate dan 1 lagi mesilau gate. Bezanya mesilau ngn timpohon ni ye la mesilau jauh 2kmdari timpohon tp view dia mmg superb. Timpohon lak starting trek dh kena panjat tangga tp view dia tak se superb mesilau hehe ktorg amik keputusan atas idea dari zt starting dari mesilau dan turun ikut timpohon atleast dpt merasa 2 trek sbb nk sampai lg ke sini tah bila thn tah. |
|
3 jejaka macho : dari belakang Hakim,Marwan dan helmi |
|
air terjun mmg cantik.. |
|
trek bonsai |
ni la antara pemandangan mesilau trek yg dpt aku share kan kat sini :D time ni ktorg masih lg ber6 tp selepas simpang timpohon-mesilau ktorg berpecah sbb ada yg slow ada yg trekking laju. Aku,faiz dan marwan group di depan. Kat blkg tinggal zeti,helmi dan hakim. Zeti sakit perut AMS agaknya kot perut dia masuk angin kesian dia nasib ada abg helmi hehe hakim lak kaki cramp.
|
Laban Rata
aku,marwan dan faiz sampai laban rata tepat pukul 3.15pm hehe cepat aku rasa sbb ktorg trekking tak byk rehat teruja tgk puncak kinabalu yg rasa dh sgt2 dekat huhu sampai sini aku lepak kat luar tunggu hakim,helmi dan zeti tp sampai ke sudah tak nmpk2 lg. tetiba nmpk guide ktorg tah pe nama dia aku dh lupa.Terkejut aku aikk main tgl je member aku yg 3org tu? mmg nk kena marah dia ni. Dh la tak ramah,tak tunjuk pun pokok2 yg septtnya tak mcm de 1 guide tu bgtau ni pokok periuk kera,ada pokok strawberry jgn marah,ada pokok orkid hutan kaler purple dan mcm2 lagi. Tak lama lepas tu hakim sampai bgtau zeti sakit perut oh aku dh rasa bersalah sbb tglkan dia ngn helmi kat blkg. Mesti dia marah ngn aku huhu sori makcik aku tak tau .. ktorg chop tempat dulu kat laban rata sbb tmpt tutup pukul 7pm, amik makanan dan minuman sambil tunggu zeti,helmi sampai. Dorg sampai lbh kurang 1jam selepas tu. Kesian zeti aku tgk pucat2 muka dia huhu |
|
lagadan hut : tempat penginapan ktor g ni |
|
pondok sayat2 bebrp km nk sampai puncak
ni la pemandangan lagadan hut tempat penginapan ktorg hehe kat sini korg cuma di benarkan tuk beronggeng sehingga pukul 9pm. Tiada xtvt di benarkan selepas pukul 9pm sbb korg perlu bangun seawal 2.30am tuk trekking ke puncak kinabalu. Kat sini aku ngn zeti terpisah bilik dgn helmi,hakim,marwan dan faiz. Memula ingat nk tdo je berhimpit tp malas la plak last2 ktorg tdo gk bilik sebelahnya share dgn trekkers dari jepun. Kat sini pun ktorg kena marah gk sbb bising haha
|
|
Menawan Puncak Kinabalu |
alhamdulillah tepat pukul 5am aku dan faiz telah berjaya sampai di puncak kinabalu.Hakim mendahului kami 10min,helmi lepas tu baru marwan dan zeti. Zeti, masih lagi terkena AMS kesian dia. Aku pun time ni setiap 5min aku benti sejuknya Ya Allah tak bleh nk ckp la.. sampai kebas2 sume muka,jari2 kaki.
Yg kat bawah ni plak beberapa foto tempat2 yg ktorg sempat pegi. UMS,Mall,Pulau Manukan,Pulau Mamutik, Pulau Sapi.
|
UMS (Universiti M'sia Sabah) |
|
Pulau Manukan |
|
Pulau Sapi |
|
Pulau Mamutik
|
Antara ketiga-tiga pulau ni aku paling ske pulau mamutik. 1st sbb cantik dan bersih lepas tu tak ramai org hehe faham2 je la aku ni dgn org yg terlampau ramai aku serabut dan mula la rasa nk pitam huhu
|
Jambatan Tamparuli |
|
Pesta Keamatan |
Selain dari UMS,masa otw nk ke kinabalu park tu ktorg singgah jambatan tamparuli yg glam tu.. tak de la apa sgt pun sekadar jambatan biasa shj laluan org ramai yg nk ke pasar basah di situ.
Lepas tu sblm balik ktorg pegi tgk pesta keamatan. Seronok sgt tgk budaya,pakaian kaum2 di sabah ni. Macam2 ada lepas tu awek2 dia fuhhh putih gebu ok no wonder la sapa yg dtg sabah komfem terpikat sorg hehe
Tu la sedikit sebyk coretan kenangan aku semasa di Kinabalu tahun lepas. Walaupun hny 5hari tp byk perkara yg telah berlaku.Pahit bila ada member AMS tp aku tak dpt nk tolong huhu sori zeti terkedepan sgt masa tu.. ada beberapa masalah teknikal sket sume tu aku anggap sbg dugaan. Ye la kalu tiada pahit mana nk dtg manisnya kan? tak semua percutian tu manis shj betul tak? Terima kasih buat ayie dari Pinnacle Outdoor & Travel sbb sudi menguruskan segala penginapan,mkn minum ktorg kat sana. Dan jgk menjadikan impian kami 1 realiti hehe
Insya'Allah tahun depan aku akn kembali ke Sabah kinabalu dan sekali lagi memanjat kinabalu tapi kali ni agak thrill sket sbb aku akn buat VIA FERRATA... tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu :D