baru2 ni aku bli 2 buah novel.. lama dah aku tak membaca dedulu masa tak bz ngn trip outdoor aku la hantunya. Setebal2 buku sampai la senipis2 kertas sume aku bli.Aku lgsg tak rasa rugi sbb tu mmg minat aku membaca. Paling aku ske baca novel,comic dan motivation book. Buku2 yg menceritakan pasal sejarah,national geographic pun aku ske gak.
Ha ni aku nk citer psl 2 buah buku yg aku bli last week. 1 novel dari penulis seberang yg tgh meningkat namanya Habiburrahman Shirezy(minta maaf la kalu aku salah taip nama dia huhu) dan 1 lagi penulis tempatan yg plaing aku minat selepas ahadiat akashah iaitu Cinta sufi dari Ramlee Awang Murshid (RAM).
Apa yg bleh aku rumuskan dari membaca kedua2 novel ni dan penulis ni. Dorg ni menulis kisah2 cinta yg berlandaskan agama. Ok aku rumuskan secara ringkas pasal 2 buku ni supaya korg akn dpt melihat dgn jelas perbezaannya...
Cinta Sufi (Cover pic yg korg bleh tgk tu) adalah kesinambungan dari buku "bagaikan puteri". Hero dlm citer ni ialah Laksmana Sunan. Sorg pendekar atau pesilat agung yg bleh kita katakan taraf wali la sbb dia bleh berhubung batin dgn sapa2 sj yg dia nk,instinct yg kuat. Warak,sangat2 menjaga tutur kata,adab,sopan dan mcm2 lagi la.. Ramlee awang murshid ni sorg penulis buku2 yg penuh dgn imaginasi. Cth mcm buku novel Bagaikan puteri tu mengisahkan haryani gadis yg hidup pada 20am bleh blk ke zaman silam pada zaman hang tuah masih idup lg. Dia berjmp dgn laksaman sunan masa dia koma akibat kemalangan. Well dlm buku tu hijab akn terbuka bila Allah perkenan subahanallah. So mcm tu jgk la dgn kisah cinta sufi ni RAM akn membawa korg ke alam fantasi, ala2 dlm filem back to the future la senang. Sgt2 seronok melayan novel sbb lain dari yg lain. Kalau ahadiat akashah kisah dia byk psl kolej,kisah cinta2 remaja boleh la nk layan. Tapi skang ni aku lagi ske melayan karya2 cinta yg berlandaskan keagamaan dan fantasi mcm RAM punya novel. Double thumbs up la korg harus baca buku2 dari RAM he is very talented la aku sukeeeeeeeee :D Trilogi gak la citer RAM tu start dari Bagaikan Puteri + Cinta Sang Ratu + Hijab Sang Pencinta..
Setakat ni koleksi yg ada kat aku baru ada 2 bagaikan puteri dan cinta sufi insya'Allah aku akn tmbh koleksi novel2 RAM di masa2 akn dtg. Igtkan nk bli every month 1 novel dari dia hehe
ok utk habiburrahman plak aku ada 4 koleksi buku dari dia haha byk sket sbbnya trilogi gak cite yg ada tu huhu aku start dgn baca buku "ayat2 cinta+ketika cinta bertasbih 1&2 + Bumi cinta. Habiburrahman plak dia sgt2 suka dgn tanah arab. Kebanyakan buku2 cerita dia mmg sgt2 berlandaskan agama,ada hadis yg paling aku ske ada bahasa2 asing yg kita bleh blajar. Mcm ayat2 cinta bahasa jerman dan jgk bahasa arab sket2 aku praktikkan dari buku tu :D dlm ketika cinta bertasbih alamak aku tak igt de bahasa asing apa dlm tu huhu tuk novel bumi cinta plak ada bahasa itali sbb bumi cinta mengisahkan sorg lelaki yg membuat thesis mengkaji sejarah islam moden di itali. Menceritakan psl kehidupan bebas kat sana,bagaimana dia bleh mengawal diri dia sbg sorg muslim yg kuat agamanya dari godaan gadis2 disana,terlibat dgn geng2 mafia dan mcm2 lagi la.
so antara 2 penulis ni dorg mmg pandai menggarapkan keindahan penulisan tu dgn kata2, keindahan tempat tu cth mcm dlm bumi cinta bagaimana habiburrahman membygkan masjid di itali,keadaan tempat yg dia duduk tu. Mcm RAM plak buku2 dia penuh dgn aksi2 pencak silat laksmana sunan, kehidupan pada zaman hang tuah,melaka masa zaman portugis dulu.
anyway thumbs up pada kedua2 penulis ni.. semoga lbh byk lagi karya2 yg menarik di masa depan insya'Allah dan jgn risau akn ada je pengikut2 cam aku ni yg akn bli buku tu hehe